Wednesday 16 October 2013

Hidup

HIDUP INI BUKAN SEKADAR UNTUK DI LIHAT, TETAPI UNTUK DI RASA..

Melihat, mendengar dan menulis tidak sama dengan mengalami. Aku menulis kerna aku pernah merasa kesakitan, kepayahan...Jangan kamu pernah berkata aku mengetahui kesukaranmu sebelum kamu melaluinya.


Jauh perjalanan banyak pengalaman. Maklumat tanpa tindakan seperti ilmu tanpa amal,pokok tanpa buah. Panjang angan angan merosakkan fikiran. Lihatlah diri kamu. di usia kamu, apakah sumbanganmu kepada agama, kepada keluarga dan kepada bangsa.

Jika kamu hanya bersilang kaki dan menunggu rezeki, kamu silap kawan. Ruginya hidup bila kamu tidak mengetahui sakitnya jatuh, bila mana kamu tidak merasa peritnya gagal, bila kamu tidak pernah mengetahui susahnya mencari rezeki.

Kerana kamu tidak akan merasakan manisnya berjaya selepas gagal, kamu tidak akan menghargai si miskin yang berusaha keras, kamu tidak akan mengerti kesusahan ibu bapamu membesarkanmu.

You never enjoy your live, living inside the box, you so afraid of taking chances, how you gonna reach the top? You force yourself to play safe. Please, get rid of hesitation, the time is now. How you gonna survive when all people around you is gone?

Jangan hanya berfikir... lakukan sekarang. Beruntunglah orang yang senang sesudah susah kerana dia sangat bersyukur dengan apa yang dia dapat dan menghargai orang di bawahnya.

Jangan kamu beritahu dunia bahawa kamu insan yang berjaya tanpa sebarang usaha. Jangan kamu menulis mengenai kehidupan si miskin jika kamu tidak pernah berlapar dan jangan pernah kamu bercakap tentang duit jika kamu tidak pernah keluar mencari rezeki. Pengalaman itu akan mendewasakanmu kawan...


ermmmm....alangkah untungnya aku dilahirkan dlm family yg serba kekurangan., tp aku bersyukur  family aku penuh dgn kasih syg..family yg sentiase bersama ketika susah mahupun senang,,...wlaupun aku membesar dgn serba kekurangan ibarat ''kais pagi makan pagi'' tp aku bersyukur kerna aku pernah mengenal erti ssh,pernah mngenal erti makan ape yg ade...yaaa..kdg2 aku pernah terdetik dihati ''alangkah indahnya if aku dilahirkan dlm family yg kaya semua nk pasti dapat''.. 

Tp skrg baru aku sedar., bru aku terfikir if aku dilahirkan dlm keluarga yg kaya adkah aku akn menjadi seperti aku skrg... ermm.. maybe yaa or maybe not... yg pasti aku akan menjadi manusia yg smbong & x pernah bersyukur... aku belajar kaya x semestinya bahgia...harta x semestinya membahagiakan...

Sekarang aku lebih kenal erti kesusahan., kesusahan yg membuatkan aku sedar... sedar akan kepayahan dunia. kepayahan mencari sesuap nasi... aku belajar berusaha dgn titik peluh aku sendiri... yaaa..dulu aku hanya pandai meminta dari ma aku if nk ape2.. x dpt ape yg aku nak aku pasti akan memberontak.,mengamuk... itulah sifat buruk aku....skrg baru aku sedar Ya Allah.... betapa payahnyaa ayah & ma mncari rezeki membesarkan kami adk bradik yg sramai 13orang.. kdg2 aku terfikir betapa kuatnya semangat seorg ma n ayah....

Alhamdulillah aku semakin kuat walaupun bermacam dugaan kutempuh.. walau betapa perit & sakit yg aku lalui aku terus melangkah mencari redhaNYA... aku akan terus melangkah & melangkah....

1 comment:

  1. keep smile for your future :)
    http://usahabisnistermudah.blogspot.com/2013/10/usaha-sampingan.html

    if willing please follow back :)

    ReplyDelete

Komen Yang Baik-baik yer!!