Thursday 24 October 2013

Benda yang paling mahal dalam dunia

Saat ilmu penuh dikepala jari mula meronta ronta untuk bersenam.... heeee..... mlm ni nk share sikit ilmu yg aku dah dapat... benda yg paling mahal dlm dunie ni ..??.

Jawapannya adalah "HATI YANG TENANG''....

Mengapa pula hati yang tenang boleh menjadi benda yang paling mahal di dunia?

Jawapannya adalah kerana manusia sanggup berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam pada masa yang sama, pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan ada pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan.

Perkara tersebut masih lagi boleh di terima syara'. Namun yang membuatkan kita merasa sedih dan kecewa adalah kerana terdapat segelintir daripadanya yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya untuk mencapai satu matlamat iaitu menenangkan hati. Walaupun adakalanya mereka tidak sedar akan tujuan sebenar mereka berbuat begitu, alasan mudah yang mereka berikan adalah mereka nak enjoy atau bersuka ria, atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka.

Semuanya berkait rapat dengan hati kerana hati lah punca segalanya.

Jawapan yang ke 2 adalah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik. Tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. Silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi "NERAKA MINI'' jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Sengaja saya membangkitkan soal hati ini kerana ia merupakan satu nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan Islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkannya dari di curi orang.

Tetapi, amatlah jarang untuk kita menjaga hati dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tetapi ia akan berlaku tanpa kita menyedarinya. Hati kita akan dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya betul-betul, kita akan melihat mangsa-mangsa yang telah dicuri hatinya di kelab-kelab malam, di 'pusat' membeli belah dan di tempat-tempat yang bersamaan dengannya...

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati."

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas rahimahullah:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH (beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


Dengan itu aku belajar ..
Jika ingin diri anda disayangi, 
sayangilah diri anda terlebih dahulu.

Jika ingin diri anda dihormati,
hormatilah hak anda terlebih dahulu. 

Jika ingin diri anda dihargai,
hargai juga diri anda terlebih dahulu.

Mana mungkin anda akan disayangi, dihormati dan dihargai jika anda sendiri gagal menyayangi, menghormati dan menghargai diri anda sendiri.. 


Saat hati rasa sangat terbeban, berpegang teguhlah pada Pencipta. Andai kita tidak pernah melupakan DIA, DIA Maha Pengasih Maha Penyayang mana mungkin melupakan hambaNya. Tiada kasih di dunia mampu menandingi kasih Allah kepada hambanya.

Andai kita pernah derita, bersabarlah. Setiap ujian ada ganjarannya. Siapa tahu anda dikurniakan pasangan yang memahami. Siapa tahu anda akan dikurniakan cahaya mata penyejuk hati. Andai rancanganmu tidak selari dengan ketentuanNya, belajar menerima, kerana perancanganNya lebih hebat.

Belajar erti hidup dari sesiapa sahaja kerana tiada syarat menjadi guru dan tiada benteng menjadi murid. Merendah diri kunci bahagia. Jangan sekali merasa angkuh kerana di syurga kelak tiada tempat untuk orang yang sombong..

Andai kamu punya hati yang luhur, kamu tidak pernah mempunyai masa menilai orang kerana kamu tahu kamu juga manusia. Punyai dosa dan bersyukurlah kerana Tuhan menutup aibmu. Jangan pernah menilai seseorang dari rupa parasnya. Ia seolah kamu menghina Sang Pencipta. Jangan menilai seseorang melalui dosa yang dilakukannya. Pandanglah dosa dengan kebencian, dan pandanglah pendosa dengan pandangan kasihan. Dia masih punya waktu bertaubat.dan siapa kamu untuk menilainya ketika Tuhan mendengar rintihannya dan mengampuninya.

Didik hatimu menghargai sesuatu yang kamu dapat, kerana boleh jadi esok kamu akan kehilangannya. Bersyukur dan berterima kasih sebelum semua pinjamanNya kembali kepadaNya. Menghargai orang sekelilingmu kerana mereka dihantar mendampingimu dan di satu saat mereka akan pergi meninggalkanmu...

Aku pernah rase kehilangan..kehilangan yg membuat aku sedar & membuka hati aku untuk banyak berubah,..alhamdulillah...namun., skrg aku sedang belajar kuat untuk menempuh ape jua yg akan berlaku dihadapanku nanti... insyAllah selagi aku percaya dengan ketentuan DIA aku akn kuat...


PANDANGAN AKU TENTANG PERKAHWINAN & CINTA

CINTA SEJATI... "mendengar" apa yang tidak mampu dikatakan oleh pasanganmu, "mengerti" apa yang tidak dapat dijelaskannya.

Sederhana untuk di lihat tapi nyaman untuk di miliki . Perkahwinan yang bermula dengan kunci nafsu biasanya berakhir dengan penghujung yang muram dan sunyi . Berkahwinlah atas dasar kesucian hati, biasanya akan berakhir dalam liang lahad, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Komen Yang Baik-baik yer!!