Thursday 27 March 2014

MH370

lame x mngupdate blog..ingin kusentuh isu hebat ...
(hanya tulisan semata mata tulisan) 

Bout world...MH370
Sekadar coretan Dari otak kecil Aku INI...
Dunie skrg kecoh,hebat memperkatakn isu kehilangan misteri sebuah pesawat...
Walaupn dh diumumkn perdana menteri kite namun masih rmai yg TDK berpuas aty... Aku hanya seorg rkyat yg TDK mmpunyai sebarang kuasa...pndpat just skdar pndapat....
Bagi pendapat aku ia msih blom terungkai sma ada bnar Kata media kita...ada suratan or siratan disebaliknya..wallahualam...
Selagi tiada sbarang bukti or bangkai pesawat ditemui selagi ITU Kita sbg umat Islam xboleh putus berhenti berdoa moga Allah permudahkn segalanya...akan tiba masanya Allah mempersembahkn segalanya....
Kita turut menumpang kesedihan keluarga mangsa.,wlaupun Aku bkn ahli keluarga mangsa tp airmata wanita turut mengalir stiap kali aku mndengar berita INI..seolah olah Aku dpt merasai kesakitan,kesedihan yg dialami..namun hanya DOA yg mampu kuhulurkan....nyawa manusia bkn mainan or cagaran.... Ya Allah...permudahkn segalanya...tunjukknlah kuasaMu Ya Rabb...persembahkn lah...
Kita sbg rkyat x sepatotnya mnelan bulat2 info yg dberikan media mase.. Terlalu byk konspirasi Dan spekulasi mnyatakn ada isu yg lebih besar dibelakang... Bg Aku x salah untuk mnerima or mmpercayai mana2 pndapat diatas...
Yaaa...dunie skrg dunia yg sangat mencabar penuh ujian Dan pancaroba...sama ada DLM or LUAR NEGARA sntiasa ada pihak yg berniat jahat.....adab sebuah kehidupan...
Jangan kita terlalu jumud berfikir hnya skadar did DLM kotak minda kita.,kita harus bersedia dgn pandangan Dan jangkaan pndapat lain yg mlangkaui pemikiran kita...
Tp kite sbg Hamba hanya mmpu berdoa moga Allah persembahkn segalanya...
Maybe akn terjadi sebuah keajaiban andai Dia (Allah S.W.T) berkehendak...
  
#sekadar pndpat Dari Aku...sama Ade betol or x, wallahualam..hanya Allah Maha Mengetahui... 

Thursday 24 October 2013

Benda yang paling mahal dalam dunia

Saat ilmu penuh dikepala jari mula meronta ronta untuk bersenam.... heeee..... mlm ni nk share sikit ilmu yg aku dah dapat... benda yg paling mahal dlm dunie ni ..??.

Jawapannya adalah "HATI YANG TENANG''....

Mengapa pula hati yang tenang boleh menjadi benda yang paling mahal di dunia?

Jawapannya adalah kerana manusia sanggup berbelanja besar untuk menenangkan hati mereka. Mereka tidak kisah jika terpaksa mengeluarkan duit yang banyak semata-mata untuk menenangkan dan mengembirakan hati. Dalam pada masa yang sama, pelbagai cara yang telah dilakukan untuk mereka menenangkan hati. Ada yang pergi menuntut ilmu, ada yang pergi ke masjid, ada yang pergi melancong dan ada pelbagai cara lagi yang boleh dilakukan.

Perkara tersebut masih lagi boleh di terima syara'. Namun yang membuatkan kita merasa sedih dan kecewa adalah kerana terdapat segelintir daripadanya yang melakukan benda-benda yang menyalahi hukum seperti mereka yang pergi ke kelab-kelab malam, mengambil dadah, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebab yang membolehkannya dan pelbagai gejala-gejala sosial yang berlaku hanya untuk mencapai satu matlamat iaitu menenangkan hati. Walaupun adakalanya mereka tidak sedar akan tujuan sebenar mereka berbuat begitu, alasan mudah yang mereka berikan adalah mereka nak enjoy atau bersuka ria, atau dengan erti kata lain mereka ingin mengembirakan hati mereka.

Semuanya berkait rapat dengan hati kerana hati lah punca segalanya.

Jawapan yang ke 2 adalah kerana hati yang tenang juga bukan mudah untuk diperolehi. Kita mungkin mampu membeli rumah yang besar, memiliki kereta yang mahal atau mengahwini isteri yang cantik. Tapi belum tentu hati kita akan menjadi tenang setelah memiliki semua itu. Silap-silap rumah yang kita miliki mungkin menjadi "NERAKA MINI'' jika kita tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Sengaja saya membangkitkan soal hati ini kerana ia merupakan satu nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan kepada kita selain nikmat iman dan Islam. Jika kita ada kereta yang mahal sudah tentu kita akan menguncinya di dalam garaj dan kalau kita ke mana-mana sudah tentu kita akan memasang dengan sistem penggera yang canggih untuk mengelakkannya dari di curi orang.

Tetapi, amatlah jarang untuk kita menjaga hati dengan sebaik-baiknya. Menjaga hati bukan seperti menjaga kereta. Hati kita tidak akan di curi secara fizikal tetapi ia akan berlaku tanpa kita menyedarinya. Hati kita akan dicuri oleh nafsu dan syaitan. Nafsu dan syaitan yang menjadi pencuri paling besar dalam diri kita dan kalau kita tidak menjaganya betul-betul, kita akan melihat mangsa-mangsa yang telah dicuri hatinya di kelab-kelab malam, di 'pusat' membeli belah dan di tempat-tempat yang bersamaan dengannya...

Benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati."

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas rahimahullah:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH (beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


Dengan itu aku belajar ..
Jika ingin diri anda disayangi, 
sayangilah diri anda terlebih dahulu.

Jika ingin diri anda dihormati,
hormatilah hak anda terlebih dahulu. 

Jika ingin diri anda dihargai,
hargai juga diri anda terlebih dahulu.

Mana mungkin anda akan disayangi, dihormati dan dihargai jika anda sendiri gagal menyayangi, menghormati dan menghargai diri anda sendiri.. 


Saat hati rasa sangat terbeban, berpegang teguhlah pada Pencipta. Andai kita tidak pernah melupakan DIA, DIA Maha Pengasih Maha Penyayang mana mungkin melupakan hambaNya. Tiada kasih di dunia mampu menandingi kasih Allah kepada hambanya.

Andai kita pernah derita, bersabarlah. Setiap ujian ada ganjarannya. Siapa tahu anda dikurniakan pasangan yang memahami. Siapa tahu anda akan dikurniakan cahaya mata penyejuk hati. Andai rancanganmu tidak selari dengan ketentuanNya, belajar menerima, kerana perancanganNya lebih hebat.

Belajar erti hidup dari sesiapa sahaja kerana tiada syarat menjadi guru dan tiada benteng menjadi murid. Merendah diri kunci bahagia. Jangan sekali merasa angkuh kerana di syurga kelak tiada tempat untuk orang yang sombong..

Andai kamu punya hati yang luhur, kamu tidak pernah mempunyai masa menilai orang kerana kamu tahu kamu juga manusia. Punyai dosa dan bersyukurlah kerana Tuhan menutup aibmu. Jangan pernah menilai seseorang dari rupa parasnya. Ia seolah kamu menghina Sang Pencipta. Jangan menilai seseorang melalui dosa yang dilakukannya. Pandanglah dosa dengan kebencian, dan pandanglah pendosa dengan pandangan kasihan. Dia masih punya waktu bertaubat.dan siapa kamu untuk menilainya ketika Tuhan mendengar rintihannya dan mengampuninya.

Didik hatimu menghargai sesuatu yang kamu dapat, kerana boleh jadi esok kamu akan kehilangannya. Bersyukur dan berterima kasih sebelum semua pinjamanNya kembali kepadaNya. Menghargai orang sekelilingmu kerana mereka dihantar mendampingimu dan di satu saat mereka akan pergi meninggalkanmu...

Aku pernah rase kehilangan..kehilangan yg membuat aku sedar & membuka hati aku untuk banyak berubah,..alhamdulillah...namun., skrg aku sedang belajar kuat untuk menempuh ape jua yg akan berlaku dihadapanku nanti... insyAllah selagi aku percaya dengan ketentuan DIA aku akn kuat...


PANDANGAN AKU TENTANG PERKAHWINAN & CINTA

CINTA SEJATI... "mendengar" apa yang tidak mampu dikatakan oleh pasanganmu, "mengerti" apa yang tidak dapat dijelaskannya.

Sederhana untuk di lihat tapi nyaman untuk di miliki . Perkahwinan yang bermula dengan kunci nafsu biasanya berakhir dengan penghujung yang muram dan sunyi . Berkahwinlah atas dasar kesucian hati, biasanya akan berakhir dalam liang lahad, insyaAllah.

Wednesday 16 October 2013

Hidup

HIDUP INI BUKAN SEKADAR UNTUK DI LIHAT, TETAPI UNTUK DI RASA..

Melihat, mendengar dan menulis tidak sama dengan mengalami. Aku menulis kerna aku pernah merasa kesakitan, kepayahan...Jangan kamu pernah berkata aku mengetahui kesukaranmu sebelum kamu melaluinya.


Jauh perjalanan banyak pengalaman. Maklumat tanpa tindakan seperti ilmu tanpa amal,pokok tanpa buah. Panjang angan angan merosakkan fikiran. Lihatlah diri kamu. di usia kamu, apakah sumbanganmu kepada agama, kepada keluarga dan kepada bangsa.

Jika kamu hanya bersilang kaki dan menunggu rezeki, kamu silap kawan. Ruginya hidup bila kamu tidak mengetahui sakitnya jatuh, bila mana kamu tidak merasa peritnya gagal, bila kamu tidak pernah mengetahui susahnya mencari rezeki.

Kerana kamu tidak akan merasakan manisnya berjaya selepas gagal, kamu tidak akan menghargai si miskin yang berusaha keras, kamu tidak akan mengerti kesusahan ibu bapamu membesarkanmu.

You never enjoy your live, living inside the box, you so afraid of taking chances, how you gonna reach the top? You force yourself to play safe. Please, get rid of hesitation, the time is now. How you gonna survive when all people around you is gone?

Jangan hanya berfikir... lakukan sekarang. Beruntunglah orang yang senang sesudah susah kerana dia sangat bersyukur dengan apa yang dia dapat dan menghargai orang di bawahnya.

Jangan kamu beritahu dunia bahawa kamu insan yang berjaya tanpa sebarang usaha. Jangan kamu menulis mengenai kehidupan si miskin jika kamu tidak pernah berlapar dan jangan pernah kamu bercakap tentang duit jika kamu tidak pernah keluar mencari rezeki. Pengalaman itu akan mendewasakanmu kawan...


ermmmm....alangkah untungnya aku dilahirkan dlm family yg serba kekurangan., tp aku bersyukur  family aku penuh dgn kasih syg..family yg sentiase bersama ketika susah mahupun senang,,...wlaupun aku membesar dgn serba kekurangan ibarat ''kais pagi makan pagi'' tp aku bersyukur kerna aku pernah mengenal erti ssh,pernah mngenal erti makan ape yg ade...yaaa..kdg2 aku pernah terdetik dihati ''alangkah indahnya if aku dilahirkan dlm family yg kaya semua nk pasti dapat''.. 

Tp skrg baru aku sedar., bru aku terfikir if aku dilahirkan dlm keluarga yg kaya adkah aku akn menjadi seperti aku skrg... ermm.. maybe yaa or maybe not... yg pasti aku akan menjadi manusia yg smbong & x pernah bersyukur... aku belajar kaya x semestinya bahgia...harta x semestinya membahagiakan...

Sekarang aku lebih kenal erti kesusahan., kesusahan yg membuatkan aku sedar... sedar akan kepayahan dunia. kepayahan mencari sesuap nasi... aku belajar berusaha dgn titik peluh aku sendiri... yaaa..dulu aku hanya pandai meminta dari ma aku if nk ape2.. x dpt ape yg aku nak aku pasti akan memberontak.,mengamuk... itulah sifat buruk aku....skrg baru aku sedar Ya Allah.... betapa payahnyaa ayah & ma mncari rezeki membesarkan kami adk bradik yg sramai 13orang.. kdg2 aku terfikir betapa kuatnya semangat seorg ma n ayah....

Alhamdulillah aku semakin kuat walaupun bermacam dugaan kutempuh.. walau betapa perit & sakit yg aku lalui aku terus melangkah mencari redhaNYA... aku akan terus melangkah & melangkah....

Monday 12 August 2013

TUHAN sedang menguji kita


Assalamualaikum.... Bismillahirrahmanirrahim...

Ni la bahan bacaan terbaru aku.... tajuk die pn dh menarik kn.,sape yg nk bace cpt2 g cari bku ni..mmg x rugi pn berbaloi sgt dgn harga hanya rm19.90.... 
saat aku di uji .,aku terjumpa bahan bacaan yg dpt menaikkn semangat aku balik...
aku pernah dgr ade someone pernah ckp., peribadi kita akn bergantung kpd bahan bacaan yg kita baca & dgn siapa kita berkawan or rapat...
Buku ni byk bg aku semangat.. SubhanAllah begitu besar & hebatnya kasih syg Allah..  Dugaan yg Dia bg bkn nk menjatuhkn kita.,malah mendekatkn diri kita dgnNya...dugaan yg mungkin akn membawa kita ke syurga... tiada tempat paling indah melainkn SYURGA ALLAH..
aku tertarik 1 kata2 dari ustaz Kazim yg berbunyi...
UJIAN.. Bahasanya bisu..hadirnya x terduga., ada kalanya ujian dtg untuk bersihkn DOSA.,ada kala untuk mengajak kita bertnya,APAKAH DIRI SUDAH LUPA.?? Yaa.. Terlupa siapakah kita disisiNYA.,terlupa dari mana dtgnya & kemana pula hala hidup kita.. Terlupa sbnarnya kita x punya apa2 di dunia ini.. Semuanya milik ALLAH .. 

YA ALLAH... begitu lama aku jauh dariMU... aku lemah dengan ujian & dugaanMU... 
aku terlalu leka dgn keasyikan dunia., terlaku leka dgn cinta manusia.... SYUKUR padaMU YA ALLAH., aku diberikan hidayah ketika aku rasakan hidupku sudah tdk punya apa2....
yaaa... mungkin ini sebab kenapa Allah pisahkn aku dgn org yg aku syg & cinta... mmg ade hikmah disebalik perpisahan kami..walaupun begitu sakit., wlaupun hatiku hancur berkecai tp aku ttp diberi sedikit kekuatan untuk aku terus bangkit mengejar CINTA ALLAH.., Allah pisahkn aku dgnnya bersebab.. hanya DIA je yg tahu ape sebabnya...bak kate pepatah " CINTAKAN SESEORANG X SEMESTINYA MEMILIKI HATINYA "..betapa besar & ikhlas cintaku padanya biarlah hanya Allah saja yg tahu... mungkin jika aku terus bersamanya aku akn terus leka dgn cinta yg akn membawaku ke neraka... 
Syukur padaMU YA ALLAH...skrg aku hanya ingin mengejar cinta yg akn membawaku ke syurga... cinta yg halal... aku hanya ingin jadi bidadari di dunia & akhirat untuk suamiku...
INSYALLAH... aminnn....